Jumaat, 31 Julai 2009

Panggilan Kecemasan

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas, seingat saya 3 hari, jam kurang lebih 10.45 malam. Telefon bimbit saya yang baru dibeli berdering, bila dijawab, Ust Ku Mat rupanya. Katanya ada masalah di asrama dan dimintanya saya ke sana segera, ada pelajar puteri kena histeria. Allahu akbar ... pasal apa saya pula kena datang, setelah berkira-kira, saya ambil keputusan ke asrama walaupun hati kecil terasa berat.

Sebelum bertolak sempat saya tunaikan solat hajat 2 rakaat, minta petunjuk daripada yang maha kuasa. Maklumlah ilmu kosong sen. Tidak pernah belajar secara 'direct', cuma setakat membaca dari blog2 rawatan islam saja.

Tetiba saya di asrama cikgu Surahman sedia menunggu, saya lihat kiri kanan Ust Ku Mat tidak kelihatan. Bila ditanya dia dah datang semalam. Rupanya malam sebelumnya kes ini sudah berlaku tapi tidak berlarutan ( sekejap saja ). Sah ini ini kes nak nianya kawan ... bisik hati jahat saya.

Saya bersama cikgu s dan beberapa orang putera segera ke tinggat 3 asrama puteri, memang benarlah apa yang dikatakan. Pelajar tingkatan 2 kerasukan ( histeria ) , rasa macam nak patah balik saja, tapi bila dah banyak mata memandang, terpaksa buat-buat cool sajalah. Masa tu 'pesakit' dah mula berteriak/menjerit. Saya seperti digerakkan mulai dengan membaca doa pendinding dan membaca huruf mutaqotta'aat seperti yang diberitahu oleh abumujahid sebelum ini. Niat saya cuma satu, moga Allah bantu selesaikan masalah ini. Setelah berulang kali dibaca akhirnya pesakit tenang, saya bacakan ayat kursi dan beberapa potong ayat yang saya ingat. pesakit tidur...

Sejurus selesai, sorang 'pesakit lagi' diusung masuk, semua anggotanya kejang, apa nak dibuat ni ... saya ulangi ayat tadi, makin menjerit adalah, tambah gawat bila pesakit pertama kembali mengamuk saya arahkan dia dipegang. Panik juga saya dibuatnya, nasiblah ada pelajar putera, saya minta dibacakan ayat kursi berulang-ulang. Alhamdulillah senyap...

Beberapa minit kemudian kedengaran jeritan pelajar lain dibangunan sebelah, 2 orang lagi kejang2. Gawat ni, sambil begegas kesebelah sana. Perkara yang sama juga saya lakukan. Bila sebelah sana selesai, 'pesakit' pertama menjerit lagi, berulang-ulangan 2-3 kali, akhir saya hubungi abumujahid minta pandangan, kalau tak silap jam hampir 12 malam. Memang orang dah tidur, lantaklah, saya macam habis ikhtiar. Dimintanya saya ulangi huruf mutaqotta'aat dan apa-apa ayat yang patut saja, apa yang nak saya dibaca ...

Dipendekkan cerita akhirnya jin-jin yang mengganggu berkomunikasi dan saya bagi inzar serta minta buat 'akur janji' tidak akan datang lagi ... Alhamdulillah kurang lebih 1.40 pagi saya sampai ke rumah. Kalau tidak kerana Allah dan semangat cikgu s serta pelajar-pelajar yang membantu, mungkin saya tak dapat hadapi kes ini.

Bila difikirkan semula,rasanya setiap kita mesti bersedia menghadapi 'kes-kes kecemasan' seperti ini apatah lagi seorang us**z. Bersyukur saya kehadratNya yang telah memberi kekuatan dalam membuat tindakan. Dan saya yakin semuanya adalah dengan kehendak Allah baca-bacaan adalah tekni saja. Moga dengan sedikit ujian ini memberi sedikit 'ibrah kepada saya dalam menyelusuri kehidupan ini. Allahu Akbar Wa Lillaahil Hamd.

Ahad, 26 Julai 2009

Salam ukhuwwah.

Allahu Akbar, Maasya Allah ... itulah kalimah yang dapatku ungkapkan bila saudara dari China datang ziarah ke rumahku. Aiik ... bila pula aku ada sedara dari China. Ya ... saudara seagama.
Dua hari lepas, masa aku mula baca 'rukyah'. Tiba tiga saudara, sorang tu memang biasa denganku, Hafiz. Bersamanya seorang melayu dan seorang cina. Setelah berkenalan rupanya ada jemaah baru sampai di Masjid Buang Sayang, jemaah dari 'cina' asli. Memang Hafiz akan bawa jemaah luar ke rumahku sebab aku dapat cakap arab sikit. Maasya Allah saudara kita tu dapat cakap arab dengan baik walaupun tak pernah belajar di negara arab. Itulah hasil sebuah ketekunan dan istimewanya Bahasa Arab. Aku diberitahu jemaah terdiri daripada 10 orang, 2 pandai cakap arab dan yang lainnya bahasa ibundanya. 'Begitu'pun mereka boleh sampai ke Sabah. Semuanya adalah dengan kehendak Allah.
Pembaca sekalian.

Hatiku sehingga hari ini masih tersentuh dan 'terasa' bila beliau yang juga seorang imam di Xingshi ( kalau tak silap pendengaranku) ceritakan keadaan 'sesaudara' Islam di sana. Yang paling aku terasa bila beliau menyebut pasal ramainya jemaah solat waktu di masjidnya, setiap waktu sampai 3 hingga 4 ratus orang. Itulah berkatnya bila usaha agama diutamakan. Allahu Akbar, kalau nak di bandingkan dengan masjid di Pekanku bagaikan langit dengan bumi, barangkali usahaku sebagai seorang us**z masih belum dipandangNya. Ya Allah ampunilah hambamu yang alpa, leka dan cuai ini. Pilihlah daku diantara mereka yang diberi taufiq dan hidayah agar istiqamah diatas jalanMu ya Allah.
Pembaca sekalian.

Bersamalah kita berusaha agar 'tiang' ini tidak roboh, jika roboh pincanglah agama. Agama pincang, tempang kita di akhirat kelak.نعوذ بالله من ذلك

Ahad, 19 Julai 2009

Jiwa pendidik


Ayahanda Abdul Aziz

Sejak akhir-akhir ini fikiranku asyik teringatkan we ( ayahanda tercinta ). Rasanya sama seperti hari-hari pertama aku di bumi Jordan... sebak rasa di dada nak menangis pun ada, kalau dapat mahuku terbang ke sisi we. Tapi lelaki tetap dengan egonya. Apatah lagi setelah membaca nukilan Azhar. Kenangan lalu yang banyak mengajar ku erti hidup, erti seorang anak dan nilai seorang ayah datang kembali dalam benakku membuatku sukar melelapkan mata...
Memang benar kata azhar, we memang tegas. Tapi dalam tegas ada sayang. Di antara adik beradik akulah rasanya yang kerap dirotan, maklumlah anak sulung kena dididik sebaiknya. Alhamdulillah aku boleh bawa diri, walaupun tak seberapa.
Cumanya aku terfikir dapatkah ku didik cucu-cucu Tok Wan sebagaimana aku dulu. Ah... sukar nak dijawab. Kalau dulu rumah kami tiada tv apatah lagi astro, itupun sempat lagi menonton di rumah mak ( panggilan untuk nenekku, ALLAHu yarhamuha), kini semuanya depan mata, anak-anak ku banyak habiskan waktu di depan tv. Harapku cuma satu, aku dapat bimbing mereka mengikut zaman dan keadaan semasa, agar dunia diselusuri akhirat jua dirindui, yang baik diteladani yang buruk jadi sempadan.
Kepada we, kami masih perlu dididik, doakan kami tabah dalam mendepani ranjau dunia yang penuh berliku. جزاك الله يا بابا

Jumaat, 17 Julai 2009

TUDUNG SAJI

Siapa tak kenal tudung saji. Kalau ditanya murid tahun satu pun mereka pasti tahu...Orang dulu-dulu tudung saji mereka tutup habis hingga lalatpun 'frust'. Tapi tudung saji moden cerah harapan sang lalat dan bukan saja lalat, langau pun meleleh liur. Apa tidaknya ayam golek, ikan percik, sambal petai semuanya di depan mata ... jarang, lutsinar, tembus, itulah hakikat sebenar tudung saji masa kini.
Oklah apa yang tersiratnya, saya hairan tengok fesyen tudung zaman le ni. Harga bukan main lah tingginya sampai mencecah ratusan ringgit, tapi kualiti macam baju singlet lusuh. Kekadang melihat hal yang demikian naik malu rasanya. Yelah pakai tudung tapi aurat terdedah. Tambah malang yang bertitle us***** pun terikut sama, dek kerana fesyen baru kononnya.
Sama-samalah kita fikirkan, mudah-mudahan amalan jadi ibadat, ibadat memberi berkat, di akhirat kita diangkat darjat. عفوك يا الله

Bismillah....
Sahabat pembaca sekalian,
Sehingga hari ini saya masih terkial kial untuk menulis di laman blog. Azamnya tinggi untuk berkongsi ilmu, tapi masa dan kemahiran agak terbatas untuk melangkah lebih jauh. Insya Allah saya akan usahakan ...

Rabu, 1 Julai 2009

Mukhayyam Arabi

Kelmarin, dengan hati yang berat ana ke SMK Membakut. Itupun krn BA. Yelah sahabat di sana dah jemput nak tolak pun serba salah. Berceramah dlm BA amat janggal rasanya. Macam banyak je salah nahunya. Tak pelah pakai redah saja, tujuannya supaya pelajar aliran agama yang 20 orang tu dapat biasakan diri dgn BA.Macam mana pun terpaksa gak campur ngan BM ,sudah dasar lidah melayu, payah nak tinggalkan. Ana akur dan akui kalau 100% BA sekejap je ceramahnya.Tp kalau dah mix hampirlah gak 2 jam bersama calon-calon pmr SMKM.
على كل حال kalau tak di gunakan ilmu yang ada ni ( yang sudah sedia kurang ) memang kelu rasanya lidah ini, doakan ana diberikan kekuatan untuk terus menabur bakti di bumi ini supaya Islam dimartabatkan Ummat dapat di Islahkan.Allah Akbar...