Ahad, 28 Jun 2009

Kerosakan akhlak yang berlaku di kalangan umat Islam sekarang antaranya berpunca kerana rohani mereka sakit. Namun mengubat rohani yang sakit sukar kerana kaedahnya tidak sama dengan mengubati penyakit fizikal. Hanya kaedah perubatan Islam sahaja mampu mengubat rohani seseorang. Oleh itu marilah bersama kita terokai alam perubatan Islam.

Jumaat, 26 Jun 2009

26 / 6

Anak – anak baba sekalian ,

Hari ni genap 33 tahun umur ummi.

Sama-sama kita doakan ummi panjang umur , dapat lihat kejayaan kalian .

Irfan… Iyad… Widad…

Anak – anak baba dan umi…

Kami sayangkan kalian. Kami impikan kalian jadi anak yang beriman dan soleh… berjuang demi

agama tercinta.

Kalian semakin dewasa maknanya kubur kami semakin dekat …

Itulah fitrah kita … bayi … kanak-kanak … remaja … dewasa … tua.

Kemudian kitakan bertemu tuhan.

Mudahan kita termasuk yang diredhaiNya . Amin

Izinkan hari ini untuk Baba mengucapkan... Eid milad kepada Ummi....

Semoga akan ALLAH berikan kepada kita Baitil Jannati....

BarakaLLAHu fiiki, wa Thowwil umuri fi khair, waftah laha hadayatuKA YA ALLAH...


Rabu, 24 Jun 2009

AYAHANDA

Ayahanda, anak solehkah aku ? Begitu banyak pengorbanan ayahanda padaku. Segala didikan terpahat di kalbu. Segala penangannya jadi asam garamku. Tak terbalas jasanya walau seluruh kuserahkan. Tak pernah mengeluh. Tak pernah meminta. Harapnya aku 'menjadi'. Entahlah, tidak ku tahu tertunaikah harapan itu...
Pintaku agar diredhai segala tingkah...langlah anaknya ini. Amin.

TERPERANGKAP DI DALAM GUA

Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya.

Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal.

Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan amal kebajikan yang mereka buat.

Pemuda pertama berdoa:

“Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang, saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah, jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini.”

Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka masih belum boleh keluar.

Giliran pemuda kedua berdoa:

“Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai gedung perusahaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang mengambil gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian, pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam kesusahan ini!”

Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi masih belum boleh keluar.

Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga:

“Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan membahagi-bahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Semasa bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan terkutuk itu. Aku menjadi serba salah dan datang penyesalan yang tidak terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah, sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari kesusahan ini.”

Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan selamat.

MORAL & IKTIBAR

Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya. Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul dengan amal kebajikan yang kita lakukan.

Bertawassul juga merupakan salah satu ciri dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Dalam melaksanakan sesuau pekerjaan eloklah bermuafakat terlebih dahulu sebab muafakat itu membawa berkat

Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan soleh

Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan soleh

Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan soleh

Isnin, 22 Jun 2009

Hari ini.

Demi memartabatkan Bahasa Arab di Sabah, sepetang bersama Ust Hafizullah dan Ust Azamuddin merangka soalan excel di Bilik Mesyuarat Jemaah Nazir,Bangunan KWSP.


Virus oh virus...

Negara kita di ancam Virus H1N1! Saban hari di kaca televisyen memaparkan kes-kes H1N1 yang kian meningkat. Laporan Metro Harian menghebahkan seramai 50 orang telah positif H1N1. Ini menbimbangkan semua pihak. "Satu lagi kes Influenza A (H1N1) membabitkan seorang murid perempuan berusia 11 tahun dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini disahkan semalam, menjadikan jumlah kes Influenza A (H1N1) di seluruh negara sebanyak 50 setakat ini. -Harian Metro Isnin, 22 Jun 200.Sebagai anggota masyarat kita seharusnya berkerjasama mencegah virus ini supaya tidak merebak ke kediaman kita. Amalkan kebersihan diri dan keluarga..

Salam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته