Ahad, 19 Julai 2009

Jiwa pendidik


Ayahanda Abdul Aziz

Sejak akhir-akhir ini fikiranku asyik teringatkan we ( ayahanda tercinta ). Rasanya sama seperti hari-hari pertama aku di bumi Jordan... sebak rasa di dada nak menangis pun ada, kalau dapat mahuku terbang ke sisi we. Tapi lelaki tetap dengan egonya. Apatah lagi setelah membaca nukilan Azhar. Kenangan lalu yang banyak mengajar ku erti hidup, erti seorang anak dan nilai seorang ayah datang kembali dalam benakku membuatku sukar melelapkan mata...
Memang benar kata azhar, we memang tegas. Tapi dalam tegas ada sayang. Di antara adik beradik akulah rasanya yang kerap dirotan, maklumlah anak sulung kena dididik sebaiknya. Alhamdulillah aku boleh bawa diri, walaupun tak seberapa.
Cumanya aku terfikir dapatkah ku didik cucu-cucu Tok Wan sebagaimana aku dulu. Ah... sukar nak dijawab. Kalau dulu rumah kami tiada tv apatah lagi astro, itupun sempat lagi menonton di rumah mak ( panggilan untuk nenekku, ALLAHu yarhamuha), kini semuanya depan mata, anak-anak ku banyak habiskan waktu di depan tv. Harapku cuma satu, aku dapat bimbing mereka mengikut zaman dan keadaan semasa, agar dunia diselusuri akhirat jua dirindui, yang baik diteladani yang buruk jadi sempadan.
Kepada we, kami masih perlu dididik, doakan kami tabah dalam mendepani ranjau dunia yang penuh berliku. جزاك الله يا بابا

4 ulasan:

  1. Bahasa dan rintihan yang baik dari seorang anak. moga-moga generasi kita yang terdidik dengan akhlak Islamiyyah yang baik..

    BalasPadam
  2. tersentuh hati ana baca entri kali ni. Mungkin pendekatan dan tarbiah rotan akan ana amalkan...

    BalasPadam
  3. Pandai jugak abg ni menulis blog heheh

    BalasPadam
  4. KDA2 ALLAH BIARKAN KTA"BERJAUHAN"DIA DTGKAN PULA "KSH SYG"..PUAS KTA MENANGIS, BTAPA JAUHNYA KTA!!RUPA2NYA ALLAH NK HADIAHKAN KTA "SEBUAH KERIDUAN"..BEGITULAH SEBENARNYA HAKIKAT KEHIDUPAN WALAU D MANA PUN SESEORANG ITU..YANG PNTG ORG TU TTP DI INGATAN..

    BalasPadam