Jumaat, 31 Julai 2009

Panggilan Kecemasan

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas, seingat saya 3 hari, jam kurang lebih 10.45 malam. Telefon bimbit saya yang baru dibeli berdering, bila dijawab, Ust Ku Mat rupanya. Katanya ada masalah di asrama dan dimintanya saya ke sana segera, ada pelajar puteri kena histeria. Allahu akbar ... pasal apa saya pula kena datang, setelah berkira-kira, saya ambil keputusan ke asrama walaupun hati kecil terasa berat.

Sebelum bertolak sempat saya tunaikan solat hajat 2 rakaat, minta petunjuk daripada yang maha kuasa. Maklumlah ilmu kosong sen. Tidak pernah belajar secara 'direct', cuma setakat membaca dari blog2 rawatan islam saja.

Tetiba saya di asrama cikgu Surahman sedia menunggu, saya lihat kiri kanan Ust Ku Mat tidak kelihatan. Bila ditanya dia dah datang semalam. Rupanya malam sebelumnya kes ini sudah berlaku tapi tidak berlarutan ( sekejap saja ). Sah ini ini kes nak nianya kawan ... bisik hati jahat saya.

Saya bersama cikgu s dan beberapa orang putera segera ke tinggat 3 asrama puteri, memang benarlah apa yang dikatakan. Pelajar tingkatan 2 kerasukan ( histeria ) , rasa macam nak patah balik saja, tapi bila dah banyak mata memandang, terpaksa buat-buat cool sajalah. Masa tu 'pesakit' dah mula berteriak/menjerit. Saya seperti digerakkan mulai dengan membaca doa pendinding dan membaca huruf mutaqotta'aat seperti yang diberitahu oleh abumujahid sebelum ini. Niat saya cuma satu, moga Allah bantu selesaikan masalah ini. Setelah berulang kali dibaca akhirnya pesakit tenang, saya bacakan ayat kursi dan beberapa potong ayat yang saya ingat. pesakit tidur...

Sejurus selesai, sorang 'pesakit lagi' diusung masuk, semua anggotanya kejang, apa nak dibuat ni ... saya ulangi ayat tadi, makin menjerit adalah, tambah gawat bila pesakit pertama kembali mengamuk saya arahkan dia dipegang. Panik juga saya dibuatnya, nasiblah ada pelajar putera, saya minta dibacakan ayat kursi berulang-ulang. Alhamdulillah senyap...

Beberapa minit kemudian kedengaran jeritan pelajar lain dibangunan sebelah, 2 orang lagi kejang2. Gawat ni, sambil begegas kesebelah sana. Perkara yang sama juga saya lakukan. Bila sebelah sana selesai, 'pesakit' pertama menjerit lagi, berulang-ulangan 2-3 kali, akhir saya hubungi abumujahid minta pandangan, kalau tak silap jam hampir 12 malam. Memang orang dah tidur, lantaklah, saya macam habis ikhtiar. Dimintanya saya ulangi huruf mutaqotta'aat dan apa-apa ayat yang patut saja, apa yang nak saya dibaca ...

Dipendekkan cerita akhirnya jin-jin yang mengganggu berkomunikasi dan saya bagi inzar serta minta buat 'akur janji' tidak akan datang lagi ... Alhamdulillah kurang lebih 1.40 pagi saya sampai ke rumah. Kalau tidak kerana Allah dan semangat cikgu s serta pelajar-pelajar yang membantu, mungkin saya tak dapat hadapi kes ini.

Bila difikirkan semula,rasanya setiap kita mesti bersedia menghadapi 'kes-kes kecemasan' seperti ini apatah lagi seorang us**z. Bersyukur saya kehadratNya yang telah memberi kekuatan dalam membuat tindakan. Dan saya yakin semuanya adalah dengan kehendak Allah baca-bacaan adalah tekni saja. Moga dengan sedikit ujian ini memberi sedikit 'ibrah kepada saya dalam menyelusuri kehidupan ini. Allahu Akbar Wa Lillaahil Hamd.

1 ulasan:

  1. Alhamdulilah...kiranya di sekolah kita dah ada ustaz yg boleh membantu kes2 seumpama ini.....

    BalasPadam