Ahad, 26 Disember 2010

Cubalah kaedah rawatan secara Islam yang

berkat, saintifik dan selamat

Berbekam adalah sunnah Rasulullah dan ianya pasti ada kebaikan dan keberkatan. Rasulullah sendiri berbekam setiap kali baginda tidak sihat.

Maksud Hadith Nabi S.A.W.: “Semasa aku berjalan semasa malam Isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”.

“Sebaik-baik ubat adalah berbekam kerana ia menghilangkan penyakit pening kepala, meringankan pinggang dan mencerahkan mata”.

“Berbekam memperkuatkan daya hafaz seseorang dan menambahkan akal orang yang berakal”.

“Bekam mencerahkan mata, menguatkan ingatan dan melegakan sakit pinggang”.

“Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah”.

“Kesembuhan terdapat pada tiga hal: minum madu, sayatan alat bekam (berbekam) dan terapi bakar (sedutan api) dan aku melarang ummatku melakukan terapi sedutan api”. (Terdapat 400 hadith yang menyuruh ummat manusia berbekam)

Sebelum perkembangan sains perubatan moden, ummat islam menjadikan bekam sebagai cara utama mengeluarkan sisa toksid dalam badan dan digunakan untuk merawat hampir kesemua jenis penyakit.

Bekam berkesan untuk penyakit - penyakit berikut

· Migraine/Sakit kepala · Tekanan/stress

· Sakit belakang · Sakit pinggang

· Sakit sendi · Lemah badan

· Darah tinggi · Diabetik · Lenguh-lenguh badan

· Sakit jantung · Angin ahmar · Bengkak-bengkak badan

· Mata kabur · Katarak · Sembelit

· Sakit urat · Sakit angin · Gatal-gatal

· Kebas-kebas · Gout · Kejang otot

· Resdung · Jerawat · Kolestrol tinggi

· Sakit leher · Sakit kaki · Kembung perut

· Batuk · Asma/masalah paru-paru · dan lain-lain

Walaupun sudah beribu tahun, bekam masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia hari ini khususnya dikalangan masyarakat Arab, Melayu dan Cina.

Untuk keterangan lanjut dan temujanji sila hubungi :

Ustaz Itqam ( 019 - 5350012 )

Isnin, 2 Ogos 2010

AYUH SELAMATKAN RAMADHAN DARI R*K*K ...

Siri 1

Fikrah Perokok Terumbang-ambing Antara Mistik,

Imperalisme dan Kapitalisme

Ustaz Azhar Abdullah, KIAS


SELAMA 16 KURUN lamanya umat Islam “buta tembakau”. Umat Islam tidak tahu langsung apa itu tembakau, bagaimana pokok, daun dan batangnya serta untuk apa tembakau itu boleh digunakan. Sepanjang tempoh itu umat Islam bersih dari usaha pendapatan penanaman tembakau dan pencemaran asapnya.

Sementara itu, walaupun mereka bebas dari fenonema tembakau tetapi mereka menghadapi zaman kemunduran. Rata-rata kedudukan politik, ekonomi dan sosial umat Islam pada waktu itu berada pada tahap sangat daif; semakin menurun hari demi hari. Mereka hidup dalam kejumudan, kepompong taklid buta, kegelapan politik dan ketidakstabilan sosial. Tetapi, malangnya umat Islam terus lena diulit ilusi kegemilangan Islam lampau.

Manakala masyarakat barat sebaliknya, di mana mereka menemui sentuhan ketamadunan moden. Selepas keperitan dan pengajaran perang Salib yang berlanjutan hampir 200 telah mengalihkan strategi mereka 180 darjah ke arah pembangunan dalaman, penguasaan ekonomi melalui penemuan-penemuan baru. Mereka nekad menerobos sempadan sejarah gelap ke alam pencerahan dan realiti masa depan yang gemilang walaupun terpaksa bermula dari bawah.

Rentetan penemuan demi penemuan dicapai yang membawa kepada penemuan tembakau pada akhir kurun ke-14 menjadikan gelombang penguasaan ekonomi global kian realistik. Sejak itu, dunia Eropah telah berkembang pesat dengan industri tembakau yang diterajui monopoli kapitalis. Masyarakat barat telah diselubungi fenonema ini selama 200 tahun sebelum merebak ke dunia umat Islam.

Penemuan sejarah mencatatkan penemuan awal rokok dari mitos mistik orang-orang asli benua Amerika. Orang Indian ini menghisap rokok untuk mendapatkan asapnya bagi tujuan pemujaan ruh baik dan menghindarkan ruh jahat.

Menurut catatan “Wikipedia” sewaktu Colombus dan kelasinya menemui pulau Bahamas pada tahun 1429, mereka melihat orang-orang Indian yang memegang sesuatu yang bernyala dan mengeluarkan asap di hujungnya. Mereka menghisap benda itu dan menghembuskan asapnya dengan menggunakan alat seperti paip. Mereka meletakkan tembakau di dalam lubang paip dan menyalakannya untuk mendapatkan asap.

Mereka melakukan demikian kerana berpegang kepada kepercayaan interaksi ghaib ruh baik dan ruh jahat. Mereka sentiasa melakukannya sebagai upacara suci bagi mendapatkan pertolongan ruh agong dan dalam situasi yang sama bermohon dijauhi dari ruh yang tidak baik.

Hakikatnya, ruh jahat atau baik yang dimaksudkan oleh orang Indian itu merupakan makhluk halus dari jenis jin. Percaya atau tidak, makhluk halus di dunia ini hanya dua sahaja iaitu malaikat yang diciptakan dari nur dan kedua jin yang dijadikan dari unsur api.
Dr. Salah al-Khalidi dalam “al-Qasas al-Qur’ani” menyatakan bahawa malaikat dan jin merupakan makhluk alam ghaib, iaitu ghaib dari alam nyata manusia sahaja. Manusia tidak melihat mereka dengan mata kasar tetapi mereka hidup dan wujud di sekeliling kita.

Tambahnya lagi, asal-usul jin dari “al-Samum” seperti penjelasan surah al-Hijr, ayat 27, maksudnya; “Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. Hakikat “api yang sangat panas” itu disebut dalam al-Quran sebagai “al-Samum”. “al-Samum” pula terbentuk dari “al-Marij” iaitu gabungan dua juzuk api. Pertama; diambil dari satu juzuk yang terakhir dari kepanasan api yang mengeluarkan sinaran api dan kedua, juzuk asap hitam yang dijulang api marak. Intergrasi kedua-dua juzuk inilah diciptakan jin.

Menurut keterangan “Ensiklopedia Islam” golongan malaikat semuanya baik belaka, taat, beriman dan tidak sekali mengganggu manusia, malah mendatangkan rahmat. Manakala golongan jin terbahagi kepada dua; jin beriman dan kedua jin kafir yang disebut juga syaitan dan iblis yang tentunya membuat kacau dan memperdaya manusia dari hidayat Allah. Justeru, mitos mistik orang Indian itu berkait rapat dengan anutan kuasa ghaib yang bertentangan dengan Islam.

Pembakaran seumpama colok dan kemenyan untuk mendapatkan asap sebenarnya mengandungi elemen penyeruan makhluk halus kerana unsur asap sinonim dengan kejadian jin. Dikatakan bahawa jin bukan sahaja makan sisa tulang dan makanan tetapi juga begitu teruja dengan asap.

Sehubungan itu, tidak jauh kebenarannya jika Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus dalam satu ceramahnya berseloroh bahawa orang yang hisap rokok perlu hati-hati kerana asap yang dihasilkan itu mampu menarik minat jin. Katanya; “Jin dijadikan dari asap dan makan dari unsur asap seperti manusia dijadikan dari tanah yang makan dari unsur kejadian tanah. Maka orang yang hisap rokok sebenarnya kawan jin”. Kenyataan ini memberikan signal tersirat apakah pengaruh asap yang menjadi makanan jin ini juga salah satu faktor menyulitkan usaha “menalak tiga” rokok. Keadaan ini membuat perokok begitu liat dan sukar memberikan keikhlasan suci untuk membuang jauh-jauh tabiat rokok.

Namun, saya yakin niat perokok bukan mendampingkan diri dengan jin. Mereka menyalakan rokok semata-mata mendapatkan kenikmatan candu dalam kandungan asap rokok. Dalam cita-cita perokok asap itu adalah kemuncak kelazatan. Tiada rokok tanpa asap. Banyak benda lain yang berasap tapi tidak seindah rokok.

Sebab itu soal hubungan jin, pembaziran duit dan efek racun dalam rokok yang disahkan pakar perubatan mengandungi lebih kurang 4000 racun yang membawa penyakit tahap berbahaya dan maut sehingga laporan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 4.9 juta manusia mati setahun akibat rokok merupakan perkara sampingan, malah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi perokok. Mereka rela apa saja demi rokok!

Suatu perkara sampingan yang perlu disentuh berkaitan asap dalam kesempatan itu juga ialah fatwa Jabatan Mufti Melaka menegaskan jika asap yang dihasilkan samada dari rokok, colok dan kemenyan dalam bentuk perbomohan, penyeruan dan perubatan tradisional dengan maksud mendampingi dan meminta bantuan makhluk ‘ghaib’ adalah bercanggah dengan akidah Islam.

Sejarah kepesatan perusahaan tembakau secara jelas disaksikan apabila ahli korporat besar bernama Rodrigo De Jares merintis perniagaan tembakau, khususnya perusahaan rokok di Cuba. Pada tahun 1556-1558 rokok mula diperkenalkan ke Perancis, Sepanyol dan Portugal sehingga tersebarlah ke seluruh dunia.

Dilaporkan, selepas orang-orang Sepanyol berjaya mempromosikan tembakau ke Eropah, terutama kepada golongan bangsawan British yang menghisap tembakau dengan paip pada waktu rehat telah melonjakan aktiviti penanaman tembakau sebagai komuniti ekonomi negeri-negeri jajahan British yang bermula di Amerika Utara.

Usaha kapitalis melalui selendang imperealis semakin berjaya. Pada tahun 1630-an hasil tembakau memberikan loba besar bagi negeri Virginia. Akibatnya, fenonema tembakau tidak dapat disekat lagi, kian pesat pada abad ke-17.

Serentak dengan itu, pedagang Eropah memperkenalkan tembakau ke seluruh Asia dan Afrika. Kemudian dalam abad ke 19 orang-orang Sepanyol memperkenalkan cerut ke Asia melalui tanah Filipina dan kemudian ke Rusia dan Turki serta tidak terkecuali ke dalam negeri-negeri Islam, terutama tanah jajahan mereka.

Bersambung…

Rabu, 23 Jun 2010

Tabung Jihad ‘Anti-Rokok’

kesan rokokBuat saudara yang merokok, berapa ringgit saudara habiskan sehari untuk rokok saudara? Kalau sekotak harganya RM10 dan saudara boleh habiskan sekotak sehari, bererti belanja seminggu untuk rokok sahaja ialah RM10 x 7= RM70. Mungkin kurang dari itu. Katalah RM30 sahaja seminggu untuk rokok. Kalau dipindahkan kepada Tabung Jihad-untuk Palestin, dana PRU13, Maahd tahfiz, masjid dan lain-lain kan sudah boleh diisi dengan mudah paling kurang RM20 seminggu? Saudara hanya perlu jihad melawan hawanafsu dengan menolak keinginan kepada asap sahaja. Kalau masih belum mampu menolak asap walaupun sudah digertak dengan gambar ngeri di kotak rokok, bacalah petikan artikel di bawah, mudah-mudahan terfikir untuk meninggalkan rokok dan ketagihannya.

Perokok Dan Frontal Lobenya – Mengapa Gambar Ngeri Masih Tidak Menakutkan Mereka?

Pada awalnya hanya amaran pada kotak yang merokok itu membahayakan kesihatan, yang terbaru, gambar-gambar ngeri penyakit yang menyerang perokok juga diletakkan pada kotak2 rokok. Akan tetapi mengapa perokok2 tegar masih terus merokok dan seolah2 membutakan matanya, tidak kisah akan penyakit2 yang bakal dihadapi disebabkan oleh perbuatan mereka itu walaupun gambar ngeri ini terpampang didepan mata?

Apakah sebenarnya berlaku didalam diri seseorang itu yang menyebabkan mereka dengan selambanya tidak mengendahkan segala amaran2 ngeri ini? Jawapannya adalah kerana sesuatu telah berlaku didalam otak mereka dan ini memberi kesan negatif terhadap pemikiran, memang salah satu kesan akibat merokok adalah juga adalah “stroke” atau angin ahmar tetapi itu kesan fizikal jangka panjang, kerosakan secara senyap pada bahagian otak inilah yang menyebabkan mereka juga tidak mampu melihat dan nampak kesan keburukan merokok itu sendiri.

Pada artikel saya yang lepas, telah saya memperkatakan mengenai kerosakan pada frontal lobe mereka yang merokok, disini saya ingin menceritakan dengan lebih terperinci kesan terhadap corak pemikiran akibat dari kerosakan itu. Gambar di sebelah ini adalah imbasan SPECT otak manusia dan imej adalah struktur otak dilihat dari bawah, bahagian atas adalah bahagian depan otak. Jika kita lihat pada gambar imbasan otak perokok, kesan dari nikotin itu menyebabkan banyak bahagian otak mereka menjadi “berlubang”, bukan lubang fizikal tetapi bahagian otak yang tidak aktif, ini membuatkan perokok tidak menggunakan kapasiti dan keupayaan maksimum otak mereka untuk membuat keputusan2 yg lebih bijak.

Cuba bandingkan otak mereka yang sihat tanpa rokok, dadah atau arak (gambar kiri) dengan gambar otak perokok (gambar kanan), bukankan jauh bezanya? Setuju tak anda jika saya katakan mereka yang sihat ini menggunakan seluruh kemampuan dan keupayaan otak mereka?

Imbasan menggunakan teknologi SPECT ini dipopularkan oleh Dr Daniel Amen dari Amerika dan pelbagai kesan2 buruk akibat pengambilan bahan 2 “sampah” seperti dadah dan alkohol boleh dilihat dilaman web beliau disini.
Bahagian otak yang menerima kesan teruk akibat dari nikotin ini adalah frontal lobe. Bahagian ini juga yang membezakan manusia dengan haiwan, jadi bukankah kita sepatutnya menjaga bahagian otak ini agar kita kekal sebagai manusia yang bersikap manusia dan bukan sebaliknya? Cerita terperinci mengenai frontal lobe boleh dibaca disini, secara amnya bahagian inilah yang membolehkan manusia itu “melihat jauh” kesan masa depan akibat tindakan masa kini. Jika bahagian ini sudah rosak, maka letak gambar ngeri macamana sekalipun ianya tidak akan memberi apa2 kesan kepada perokok. Mereka tidak boleh kaitkan antara rokok dengan penyakit.

Frontal lobe ibarat “CEO” pada syarikat, menerima semua maklumat dari pelbagai “jabatan kehidupan”, menganalisa dan membuat keputusan selari dengan kehendak jangka pendek mahupun jangka panjang. Jika “CEO” sudah lemah, maka keputusan2 bijak tidak dapat di ambil maka kesan pada kehidupan “syarikat” manusia itu sendiri akan menjadi penuh dengan kesusahan dan kepayahan.
bahan racun pada rokokLihat pada remaja yg kebanyakannya membuat keputusan melulu didalam hidup pentingkan keseronokan dan hiburan hingga mengabaikan pelajaran, terjebak dengan maksiat dan sebagainya, kerana apa? Kerana frontal lobe mereka belum lagi terbentuk dengan sepenuhnya, jadi pada peringkat remaja inilah ibu dan bapa sepatutnya memberikan perhatian lebih kepada mereka. Frontal lobe akan terbentuk sepenuhnya antara umur 20-25 tahun, apa yang kita panggil kematangan, pada pendapat saya hanya anak2 yang sentiasa memikirkan kepayahan hidup akan cepat matang berbanding dengan anak2 yang hidup senang dengan banyak menghabiskan masa dengan hiburan TV, internet dan video games.
Berbalik kepada cerita perokok tadi, akibat dari kesan merokok itu, mereka kembali menjadi seperti remaja yang tidak boleh melihat kesan tindakan mereka pada masa depan, mereka tidak mampu untuk mengaitkannya, jadi siisteri, makayah atau rakan2 akan berbuih2 lah mulut cuba memberi nasihat agar berhenti merokok tetapi ini ibarat mencurahkan air diatas daun keladi sahaja. Mungkin selepas membaca artikel ini dan tahu apa terjadi pada otak mereka sekalipun mereka tetap dengan selambanya terus merokok.
Apa sahaja bahan asing yang menyebabkan situasi minda berubah, dari kopi, ubat batuk, gam, arak hinggalah kepada segala jenis dadah, ianya akan merosakkan sel2 otak terutamanya frontal lobe, bahagian yang membolehkan manusia fokus kepada sesuatu. Sebab itu sesetengah manusia minum arak dan mengambil dadah kerana mereka sebenarnya mahu melupakan masalah mereka, cuba mengalihkan perhatian atau fokus mereka dari realiti sebenar. Contoh yang sama pada perokok, perhatikan sikap mereka apabila dilanda masaalah, bukankah makin banyak jumlah rokok yang dihisap?
Memang ada perokok terdiri dari golongan profesional dan berjaya didalam kehidupan, akan dampak_merokoktetapi perlu juga ditanya adakah mereka ini berjaya untuk kehidupan diakhirat, frontal lobe yang lemah akan membuatkan anda bertambah2 professional mengejar dunia akan tetapi tidak mampu melihat kesan tindakan anda itu apatah lagi bersiap sedia untuk kehidupan diakhirat.
Setiap batang rokok yang nyalakan, itu juga sama juga dengan mendermakan sebutir peluru buat Yahudi laknatullah untuk menembak saudara mara kita di Palestin, fikir2kan lah, atau itu tidak lagi terjangkau oleh pemikiran kerana frontal lobe sudah lama tidur nyenyak didodoikan oleh nikotin.
Masih belum terlambat untuk berhenti dan ini bergantung kepada individu itu sendiri. Ada perokok yang mampu berhenti tanpa perlu berubat atau melakukan apa2 terapi, yang penting kekuatan minda dan tahu siapa yang lebih berkuasa, jasad anda atau minda anda. Nikotin itu makanan jasad dan badan anda yang ketagihkan ianya setiap masa, solat dan ilmu adalah makanan roh dan pemberi kekuatan kepada minda. Latihlah kekuatan minda dengan solat yang ikhlas dan khusuk, insyaallah akan lebih mudah kita membuat keputusan2 yg bijak didalam kehidupan.

Selasa, 4 Mei 2010

RENUNGKAN

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan taggingkepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010

Rabu, 30 Disember 2009

TUDUNG & AURAT

Malam 25 Disember ketika keluar 'beli roti' saya ada tegur 'staff' kedai terbabit... kenapa tak pergi sembahyang ( saya maksudkan ke gereja kerana beranggapan mereka penganut kristian ) tetapi jawapan sebaliknya yang saya terima ... "kami semua muslim" sambil mengakui baru saja buka tudung. Masya Allah 'kelu' rasanya, yelah sangkaan saya salah. Tanggapan salah begini kerap kali bermain di fikiran saya. Bukannya apa, saya kira itu kelemahan saya disamping ramai juga 'anak2 orang kita' terikut-ikut cara 'orang lain'.Dengan kata lain tanda sebagai muslimnya tidak ditonjolkan. Ya Allah tetapkanlah hati-hati kami dalam iman dan kuatkan kaki kami menjunjung syariatmu. Amin.

Saudara, renungkanlah...

Kalau bertudung nampak rambut,
Kita tengok macam berserabut,
Style barat itu yang diikut...

Pakai tudung nampak leher,
Asyik jalan ke hulu ke hilir,
Tutup aurat tak nak fikir!

Pakai baju lengan pendek,
Aku kat sini tengok dah serik,
Agama lain tengok tentu pelik..

Seluar pulak sempit2,
Bertudung tapi ikut merempit,
Ada yang tak malu jalan berkepit-kepit...

Pakai baju ketat2..
Suka hati buka aurat,
Tak ke iman kaum Adam tergugat?

Jumaat, 18 Disember 2009

Di mana kita ...


Tingkatan Pembaca Al-Quran

1. Jutawan - Membaca 300 - 1000 ayat setiap malam
2. Jayawan - Membaca 200 - 299 ayat
3. Setiawan - Membaca 100 - 199 ayat
4. Pemelihara - Membaca 50 - 99 ayat
5. Yang ingat - Membaca 10 - 49 ayat
6. Yang lalai - Membaca 0 - 9 ayat

Petikan dalam buku Amalan Sepanjang Hayat, Muafakat Enterprises, hlm. 105

Khamis, 10 Disember 2009

KOD LEMAK BABI DALAM MAKANAN

Kod lemak babi dalam makanan
HATI-HATI MAKAN, PERHATIKAN APA KANDUNGAN !