Rabu, 4 November 2009

Kembali ...

Ramadhan, Syawal berlalu, moga semua amalan baik pada bulan yang baik dapat kita teruskan sebagai kesinambungannya. Baru sekarang 'mood' berblog kembali dengan izin Allah.
Negaraku yang dicintai ini sentiasa dibingiti dengan peristiwa yang membuatkan rakyat tertanya dan termangu-mangu. Jelas tak jelas, terang tak terang. Dari sejadah bersolat, bumbung masjid runtuh dan runtuhan lain, didakwa dan bersalah tapi tidak dapat dilaksanakan hukumannya dan yang terkini tangkapan JAIS terhadap tokoh pendakwah ... Ya tuhan, apakah ini ujian untuk para pendakwah dibumiku ini? Dikala gejala mungkar yang tidak berketentuan dalam masyarakat ; sebilangan orang Islam leka dari dalam solat bahkan ada yang langsung tiada hati dengan solat berjamaah dan macam-macam lagi penyakit lagi. 'Staf' jabatan agama (berkenaan) sibuk 'membubut' (kata orang tempatan di Papar khasnya) para pendakwah dan orang-orang yang bekerja untuk agama ini, yang siang malam berusaha mengajak masyarakat kembali beramal dengan pusaka yang semakin ditinggalkan dimana Rasul kita pernah mengatakan “Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya”.
Ya ALLAH.. mantapkan cara hidup kami .. sesungguhnya kami tidak mahu menjadi umpama buih2 dilautan yang tiada hala tuju dan hancur dengan mudah...hindari kami syirik dan salah sangka kepadaMu...Amin Ya Arhamarrahimin.