Selasa, 25 Ogos 2009

Assalamualaikum...
Sudah beberapa hari saya tak 'online', 'tak dan' ( tak sempat ). Alhamdulillah Ramadhan dah masuk hari ke-3. Maknanya 3 hari irfan, iyad dan kita semua puasa.
Sedikit sebanyak tercabar 'gak' rasanya membiasakan anak-anak berpuasa terutamanya anak saya yang ke-2. Dahlah agak susah nak kejutkan bangun sahur, terpaksa disuap pulak. Tapi 'ok'lah janji anak saya puasa. Mudah-mudahan anak-anak kita dapat habiskan Ramadhan kali ini dgn jayanya.
Sebenarnya ibubapa manapun senang hati bila anak-anak mulai taat perintah agama. Sejuk perut ibu mengandung ... hilang penat lelah, sakit perit melahirkan...
Malam ke-3 'turn' saya mengimamkan solat sunat terawih di Masjid Pekan Papar. Saya cuba ubah 'stail' sikit, baca ayat2 dari 'quran besar', panjang sikit la ... tak tau pulak respon para jemaah. Di sini biasanya masjid yang paling cepat tamat terawih jadi 'tumpuan'. Memang susah la nak lama sikit berterawih macam di Paya Rambai sekurangnya ... semoga permulaan ini ada susulannya Tidak sekarang, tahun depan, kalau tidak tahun depan pun lima tahun lagi dan seterusnya.Arus perubahan milik Allah, tugas kita menyeru dan berusaha ... amin ya rabbal 'alamin.

Isnin, 17 Ogos 2009

Mari berdoa.


Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan berkat kedatangan Ramadhan tahun ini kita semua dijauhi dari segala wabak dan bala', amin ya rabbal 'alamin :

tolakbala

Ya Allah, hindarkanlah kami daripada kenaikan harga barang-barang yang melampau, dan juga (jauhilah kami) daripada wabak penyakit dan taun dan segala kekejian dan kemungkaran, kezaliman peperangan yang pelbagai cara, dan juga segala cubaan, dugaan ataupun kekeliruan sama ada yang terang atau tersembunyi. Ya Allah, Selamatkanlah kami daripada segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat, juga kejahatan di dunia dan kejahatan di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segalanya, dan Maha Penerima segala permintaan.

Ahad, 16 Ogos 2009

Kursus...

السلام عليكم
Rasanya dah lebih seminggu saya tidak jenguk blog.Kursus katakan. Kali ni saya berkursus di Ayer Keroh Melaka, kali pertama ke Melaka.
Peluang berkursus mengeratkan kembali ukhuwwah yang terputus.Ada yang dah 9 tahun tak bertemu, dapat jumpa kembali. Ada yang dulunya masih budak2, dah jadi orang tua. Antaranya 'house mate' pertama saya di Jordan, Suhaimi Sudin.Jumpa juga Faizi,Ust Rosman ( Org Kg.Paya Rambai),adik2, Husni, Salam, Azrul Syam, Khairul Anuar dan lain2.
Kursus tamat pada hari khamis,tapi saya sambung cuti. Singgah di rumah Abu Mujahid. Ziarah anak-anak sedara... Zatun Nur, Insyi, Amad, Azam dan sorang lagi 'coming soon'. Hari Jumaat Abu Mujahid ambil cuti rehat khas krn nak menghantar 'kandanya' balik. Terima kasih.
Saya naik bas ke Seremban, saja nak kenal tempat ...dari sana saya ambik teksi ke Klia. Ok la perjalanan saya tak ada masalah. Kurang lebih 5 ptg saya sampai di KK.
Para pembaca sekalian, bermusafir menambah pengalaman, bertemu dan bertamu mengerat kasih sayang... Wassalam.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Ceramah Lagi ...

Hari ini sekali lagi sekolah saya adakan ceramah untuk pelajar tingkatan lima dan empat aliran agama. Ceramah yang lebih kepada motivasi yang disampaikan oleh penceramah (ustaz hafizullah) saya rasa dapat memberi kesan kepada pelajar2 saya tu. Harapan sekolah kepada kalian sungguh tinggi, setinggi harapan ayahanda dan bonda, setinggi gunung kinabalu.
Kepada para pelajar, saya doakan kalian manfaatkan peluang yang ada, agar berjaya di dunia cemerlang di akhirat. Pelajarilah Bahasa Arab setulus hati, Insya Allah, Allah bantu urusan kita di dunia ... Allah atur rezeki kita . Apa yang penting ikhlaskan hati bulatkan tekad... siiruu 'ala barakaatillaah.